Image Hosted by ImageShack.us
MaAsOm AkIdAh FaMiLy BLog...

Wednesday, January 7, 2009

SEJARAH HARI KELUARGA

Hari Keluarga Maasom-Akidah menjadi tradisi keluarga, berkumpul bermesra serta mengeratkan pertalian keluarga sesama kita, memperkenalkan saudara saudara baru ahli keluarga.

Hari Keluarga Maasom-Akidah, mula diadakan pada 1990 di rumah Ayah Alang,Ki, di Jalan Woodward, Ipoh. Pada tahun itu, permainan tradisi diutamakan seperti permainan belah kelapa, mainan congkak dan permainan batu serImban, yang penuh kontroversi dimana Fendi telah di 'gantung' permainan nya kerana tidak mengikut undang-undang permainan.

Hari Keluarga Maasom-Akidah ke 2, juga diadakan diJalan Woodward, Ipoh pada tahun 1992. Pada tahun itu persembahan terbaik telah dianugerahkan kepada YLahn, Yeop Wi, Nyah Rais dan Cik Ohm dengan persembahan 'Tarian Ikan Kekek' yang mengancam.

Hari Keluarga Maasom-Akidah ke 3 dan ke 4 telah diadakan di tepi laut. 1995 di Teluk Batik Lumut, Perak dan 1998 di Pulau Langkawi. Keluarga Padang Asam menjadi tuan rumah Hari Keluarga ke 3 dan Keluarga D'sara Hari Keluarga ke 4 di Langkawi.

Hari Keluarga Ke5 dengan tema "Moh Balik Kampung, weh" telah diadakan di homeground keluarga kita, iaitu di Kuala Kangsar.

Kesemua Hari Keluarga Maasom-Akidah ini membawa kenangan manis dn diharap dapat berterusan selama-lamanya. Lagu Gunung Pondok, tempat asal usul kita dan kemegahan kita dijadikan tema lagu keluarga kita. Sebatikan lah semangat 'SILIH ASIH, SILIH ASAH, SILIH ASUH'.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home