Image Hosted by ImageShack.us
MaAsOm AkIdAh FaMiLy BLog...

Wednesday, January 7, 2009

Satu hari dalam sejarah.....Ki (A.Alang)

"Olehkerana ingin mengekalkan kemenangan hadiah RM30 itu daripada pertandingan tersebut, Tok Maasom telah dapat membeli seekor anak lembu betina dengan harga RM27, pada masa itu!"


Saat yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Keputusan SPM dan STPM telahpun diumumkan. Lazimnya tarikh pengumuman keputusan peperiksaan menjadi igauan dan kerisauan semua yang menduduki peperiksaan. Biasanya juga, sehari sebelum keputusan dikeluarkan mak dan bapak lah yang paling risau dan 'panic'.. hinggakan ada yang tak dapat tidur malam. Coretan "Satu Hari Dalam Sejarah" akan membuka lembaran dengan kisah Ayah Alang atau Ki semasa di bangku sekolah..


Ayah Alang/Ki bersekolah pada usia remajanya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (Budok Koleq). Pada zaman dulu MCKK ni kira sekolah yang paling elit di dalam negara. Selain daripada kerabat diRaja, anak kakitangan kerajaan dan orang kenamaan, MCKK ni hanyalah untuk pelajar pelajar yang terpilih sahaja. Ramai jugak anak-anak Maasom yang berkesempatan untuk belajar di MCKK (Ayah Cho/Tok Cho, Ayah Dak/Tok Dak). (Seterusnya cucu Maasom .. Ayah Alang/Cik Yang dan Ayah Cho Fendi). Semasa di sekolah Ayah Alang/Ki dikatakan seorang murid yang rajin belajar, selalu membaca buku di perpustakaan sekolah. Zaman dulu buku mahal dan susah untuk diperolehi jadi A.Alang/Ki terpaksalah pergi ke perpustakaan untuk cemerlang dalam pembelajaran.


Sepanjang 5 tahun di MCKK A. Alang/Ki telah dua kali mendapat 'double promotion' ke kelas-kelas darjah yang lebih tinggi. Kemudiannya disebabkan keputusan peperiksaan yang baik A.Alang/Ki telah menjadi 'Free Scholar' pada tahun kedua pengajian. (Waktu itu yurannya adalah RM12.50 sebulan), kira mahal lah pada zaman itu. Sewaktu di sekolah juga, A.Alang/Ki rajin mengambil bahagian di dalam debat B. Inggeris dan B.Melayu.. Waktu itu kalau ada pertandingan debat antara Rumah (house), A.Alang/Ki lah yang akan mewakili Idris House.


Olehkerana bentuk badan yang kecil molek dan kenit A.Alang/Ki tidak pernah berpeluang untuk menjadi seorang kadet. Oleh sebab itu, A. Alang/Ki terpaksalah memilih untuk menjadi seorang ahli pengakap. A.Alang/Ki akhirnya dilantik menjadi Troop Leader (Ketua Kumpulan) bagi Kumpulan Pengakap 1, K.Kangsar. Disebabkan semangat dan iltizamnya yang begitu tinggi, A.Alang/Ki terus kekal didalm pengakap sehinggalah dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (jawatan tertinggi didalam pengakap selepas Ketua Pengakap Negara yang biasanya diisi oleh menteri) pada tahun 1980.


Kira-kira dalam tahun 1940 di MCKK, A.Alang/Ki telah menjadi johan (berkongsi dengan seorang rakan lain) dalam Pertandingan Essay Bahasa Melayu Butler & Wise yang dipertandingkan tiap tiap tahun bagi murid-murid Malay College yang dipahamkan masih kekal lagi hingga hari ini di sekolah tersebut.


Sebagai seorang Pemenang dan Johan, A.Alang/Ki telah dihadiahkan sebatang "fountain pen" berharga dan wang sebanyak RM60 tetapi wang RM60 tersebut terpaksa juga berkongsi dua orang pemenang. Olehkerana ingin mengekalkan kemenangan hadiah RM30 itu daripada pertandingan tersebut, Tok Maasom telah dapat membeli seekor anak lembu betina dengan harga RM27, pada zaman itu! Maksudnya anak lembu akan menjadi besar dan sesudah beberapa tahun kemudian akan boleh menghasilkan beberapa keturunan dalam beberapa tahun....ala MAT JENIN. Hasil kejayaan Ki itu adalah olehkerana mendengar dan mengikuti kata-kata nasihat daripada ayah dan nenek nya.


Seharusnya sejarah dan nostalgia ini dijadikan iktibar oleh generasi cucu dan cicit Maasom-Akidah.


Tentunya Achek (Pah Chek) dan Chu Tom (Pah Chu) sebagai anakanda kpd Maasom-Akidah juga mempunyai kenangan dan nostalgia yang ingin dikongsi bersama semua. Pah Chor, Pah Chu dan Pah Chik tentu ada sejarah untuk diturunkan kpd anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit dan untuk tatapan kita semua. Semoga kita dapat memanafaatkan ruangan ini untuk kita mengenang kembali sejarah turun temurun.

Petikan dari Newsletter Saujana Gunung Pondok Vol 1
Hasil perbualan/coretan Azuan bersama Ki
(tidak lama dulu....)

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Ki.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home