Image Hosted by ImageShack.us
MaAsOm AkIdAh FaMiLy BLog...

Tuesday, January 27, 2009

lawatan tapak (hahaha)

hasil drp tgk tempat utk family day nanti (lumut country resort) :

bilik :
rm 95 nett (xtra bed RM 20 nett per bed) untuk satu malam. bilik boleh masuk max 4 org

P.A System :
pihak resort akan sediakan for free. (its only a basic P.A system with one microphone only). Pihak resort benarkan untuk kita bawak our own P.A System if ada.
Example if sesiapa nak bawak : t.v,dvd/cd player,microphone,karaoke set etc.(will reconfirm back with the resort) if nak pihak hotel sedia kan karaoke set harga nya rm300.

Tempat beribadat :
Surau akan disediakan oleh pihak resort untuk kegunaan kita.

Makan/Minum :

Pihak resort bersetuju untuk menyediakan makan minum mengikut budget yang akan kita tentukan. so early feb kita kena bagi tahu pihak hotel berapa budget kita untuk 3 hari 2 malam kita kat sana.. so dia akan sediakan makan mengikut budget yg kita peruntukkan. (so all of us kena seat down n discuss lah brp budget kita for food.)

Harga untuk BBQ is : adult = rm22 and Kids : rm18


Seminar Room :
Untuk pengetahuan semua nurul rasa elok kita sewa kan jugak bilik seminar dorg.. so dat senang if kita nk berkumpul. after negotiated with Pn.Midah she agreed to gv us 8hrs for rm124. harga asal utk 8hrs is rm280. Jadi nanti perlu dibincangkan perlu atau tidak seminar room nie..


i guess setakat ini dulu information yang boleh nurul kongsi.. looking 4ward to see yaa all soon.. so dat we can discuss more... about 1 feb tu nurul tk tau jadi ke tak... so need feedbck from all of u.. 1feb or 9feb??? and who gonna to host it?? and where?? plezzz everybody say sumthng...

take care... love u all

Thursday, January 15, 2009

Minit Pertama meeting AJK FDMA

Tempat : Sentul (Rumah Nurul)

Masa : 10.00 pagi

Tarikh : 3 Januari 2009

Kehadiran :

Bil.

Nama

Team

No.Hp

E-mail

1.

NURUL AYESHA BINTI AHMAD ANNUAR

BIRU

012-3498642

akiraseiru@yahoo.co.uk

2.

NOOR AIZAN BINTI YANG RASHDI

HIJAU

013-3673202

aizan_noor@yahoo.com

3.

AHMAD ANNUAR BIN ABDULLAH AZIZI

HIJAU

017-5282058

annuar_ceyang@yahoo.com

4.

MOHD DANIAL

MERAH

013-3026624

5.

NYAH WAN

HIJAU

0192719203

pdpml@streamyx.com

6.

AYAH LEOP

BIRU

012-2369049

7.

NURUL AIN DIYANA

MERAH

012-9443036

8.

NUR FARAHDILLA

BIRU

013-3566232

cadburywhite@yahoo.com

9.

NUR SHIDAH BT RASLI

BIRU

013-3008413

syidahrasli@yahoo.com

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

  1. Perlantikan Jawatan AJK

  1. Presiden : Kak Nurul (Nurul Ayesha Binti Ahmad Annuar)

Setiausaha : Dilla (Nur FarahDilla)

Bendahari : Che Da (Nur Shida Binti Rasli)

Wan Chik / Kak Chik (Noor Aizan Binti Yang Rashdi)

(a) AJK yang telah dilantik seperti diatas hendaklah mengumpul semua maklumat dan submit kepada Danial sebelum 23 Januari 2009. Action by Danial

(b) Pada 26 dan 27 Januari, beberapa orang AJK akan pergi ke Lumut Resort untuk memantau lokasi dan costings. Action by Nurul

  1. Penginapan à Action by Wancik

(a) Mesyuarat telah memutuskan bayaran penginapan tidak dikenakan kepada

ahli keluarga yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur

bawah 6 tahun.

(b) Kepada keluarga yang mempunyai maid, bayaran dikenakan mengikut

harga yang telah ditetapkan.

(c) *Secara kasarnya, mesyuarat telah meletakkan harga RM122 per individu

untuk bayaran penginapan.

Harga penginapan hotel

RM95 + RM40 (Extra Bed) = RM135 (1 malam)

a. Harga ini untuk 1 bilik (4pax)

  1. Makan & Minum à Action by Ateh,Kaklong, Auntie Ana dan Mak Yang Rose

a. Memandangkan harga menu yang telah disediakan oleh hotel terlalu mahal(breakfast/lunch/dinner), mesyuarat telah mencadangkan untuk

menempah katering dari luar untuk menguruskan segala makan

minum sepanjang Hari Keluarga berlangsung.

b. Anggaran harga untuk harga menu mengikut bajet ialah RM10 – RM15

sehari per individu. Auntie Ana (Lumut) akan follow up untuk atering.

c. Olehkerana hotel Cuma ada 2 bilik seminar/conference room dan juga tidak dibenarkan membawa masuk makanan, maka committee akan berbincang lebih lanjut dengan pihak hotel supaya diberikan kita suatu sudut diperkarangan hotel untuk kita makan minum dll. Action by Nurul

5. Slot Agama à Action by Nurul

(a) Mesyuarat mencadangkan supaya slot agama diadakan. Tetapi setakat ini masih belum lantik siapa akan handle slot ini.

  1. Wakil Keluarga à Action by Semua Wakil

(a) Berikut adalah senarai wakil keluarga…ditugaskan mengutip wang!

ACCOUNT KELUARGA MAASOM-AKIDAH ADALAH SEPERTI BERIKUT (yg dibuka oleh Wan Cik) :

Acct Nbr 114 197 134 804 (Maybank)

Keluarga Airport – Mak Yang (Adek Rose), MeiMei,K.Long

Keluarga Paya Jerangau – Wan Chik / Kak Chik, Azmil, Azuan

Keluarga Padang Assam – Ayah Lope, Nurul,Danial

Keluarga Pdg Rengas – Ayah Chik (Saha), Dila, Cik Dah.

Keluarga Damansara – Uncle Farid, Afig, Aiman

  1. Committee telah memutuskan iaitu setiap keluarga dalam Maasom-Akidah

bertanggungjawab untuk activiti2 seperti berikut :

Games (adult + children) + Hadiah = Damansara & PJ (Adly, Ateh)

Persembahan + Hadiah = Padang Assam (Kanda)

Persedian Makan = LapanganTerbang & Padang Rengas (M.Yang Ros)

Sumbangan = Padang Rengas (Ar/Dila)

Miscellaneous = LapanganTerbang (Yop Wi, Ana)

Lain-Lain Perkara

b. Mesyuarat yang seterusnya akan diadakan pada 8 Februari 2009

dicadangkan Keluarga Damansara untuk menjadi `Host`.

b. Kerjasama dari setiap ahli keluarga adalah amat dihargai agar semua keputusan

dapat dilaksanakan secara sebulat suara serta memudahkan lagi proses

perancangan Hari Keluarga ini.

c. Sekiranya ada pendapat atau komen tentang Hari Keluarga ini,sila usulkan

pada mesyuarat akan datang atau di blog: http://www.maasomakidah.blogspot.com

Nota : Perkara yang bertanda * bermaksud masih dalam tahap perbincangan belum diputuskan lagi.

Wednesday, January 7, 2009

TAHU KAH ANDA?

Tahu kah anda, iaitu kita semua adalah berasal daripada Alang Idin, Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Di Raja yang Pertama keturunan TUN SABAN bin TUN PERAK, Bendahara Seri Maharaja Melaka yang AKHIR dan juga daripada darah keluarga Orang Kaya Temenggong Paduka Raja keturunan Daeng Selili (Raja Bugis)!! Tahukah kita semua bahawa kita juga mempunyai darah keturunan Raja Majapahit?

Semuanya ini ada dalam Salasilah Keluarga yang berukuran 13 kaki 18 inchi. Kalau nak tahu sertailah Hari Keluarga kita beramai-ramai pada 1May-3May 2009.

Satu hari dalam sejarah.....Ki (A.Alang)

"Olehkerana ingin mengekalkan kemenangan hadiah RM30 itu daripada pertandingan tersebut, Tok Maasom telah dapat membeli seekor anak lembu betina dengan harga RM27, pada masa itu!"


Saat yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Keputusan SPM dan STPM telahpun diumumkan. Lazimnya tarikh pengumuman keputusan peperiksaan menjadi igauan dan kerisauan semua yang menduduki peperiksaan. Biasanya juga, sehari sebelum keputusan dikeluarkan mak dan bapak lah yang paling risau dan 'panic'.. hinggakan ada yang tak dapat tidur malam. Coretan "Satu Hari Dalam Sejarah" akan membuka lembaran dengan kisah Ayah Alang atau Ki semasa di bangku sekolah..


Ayah Alang/Ki bersekolah pada usia remajanya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (Budok Koleq). Pada zaman dulu MCKK ni kira sekolah yang paling elit di dalam negara. Selain daripada kerabat diRaja, anak kakitangan kerajaan dan orang kenamaan, MCKK ni hanyalah untuk pelajar pelajar yang terpilih sahaja. Ramai jugak anak-anak Maasom yang berkesempatan untuk belajar di MCKK (Ayah Cho/Tok Cho, Ayah Dak/Tok Dak). (Seterusnya cucu Maasom .. Ayah Alang/Cik Yang dan Ayah Cho Fendi). Semasa di sekolah Ayah Alang/Ki dikatakan seorang murid yang rajin belajar, selalu membaca buku di perpustakaan sekolah. Zaman dulu buku mahal dan susah untuk diperolehi jadi A.Alang/Ki terpaksalah pergi ke perpustakaan untuk cemerlang dalam pembelajaran.


Sepanjang 5 tahun di MCKK A. Alang/Ki telah dua kali mendapat 'double promotion' ke kelas-kelas darjah yang lebih tinggi. Kemudiannya disebabkan keputusan peperiksaan yang baik A.Alang/Ki telah menjadi 'Free Scholar' pada tahun kedua pengajian. (Waktu itu yurannya adalah RM12.50 sebulan), kira mahal lah pada zaman itu. Sewaktu di sekolah juga, A.Alang/Ki rajin mengambil bahagian di dalam debat B. Inggeris dan B.Melayu.. Waktu itu kalau ada pertandingan debat antara Rumah (house), A.Alang/Ki lah yang akan mewakili Idris House.


Olehkerana bentuk badan yang kecil molek dan kenit A.Alang/Ki tidak pernah berpeluang untuk menjadi seorang kadet. Oleh sebab itu, A. Alang/Ki terpaksalah memilih untuk menjadi seorang ahli pengakap. A.Alang/Ki akhirnya dilantik menjadi Troop Leader (Ketua Kumpulan) bagi Kumpulan Pengakap 1, K.Kangsar. Disebabkan semangat dan iltizamnya yang begitu tinggi, A.Alang/Ki terus kekal didalm pengakap sehinggalah dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (jawatan tertinggi didalam pengakap selepas Ketua Pengakap Negara yang biasanya diisi oleh menteri) pada tahun 1980.


Kira-kira dalam tahun 1940 di MCKK, A.Alang/Ki telah menjadi johan (berkongsi dengan seorang rakan lain) dalam Pertandingan Essay Bahasa Melayu Butler & Wise yang dipertandingkan tiap tiap tahun bagi murid-murid Malay College yang dipahamkan masih kekal lagi hingga hari ini di sekolah tersebut.


Sebagai seorang Pemenang dan Johan, A.Alang/Ki telah dihadiahkan sebatang "fountain pen" berharga dan wang sebanyak RM60 tetapi wang RM60 tersebut terpaksa juga berkongsi dua orang pemenang. Olehkerana ingin mengekalkan kemenangan hadiah RM30 itu daripada pertandingan tersebut, Tok Maasom telah dapat membeli seekor anak lembu betina dengan harga RM27, pada zaman itu! Maksudnya anak lembu akan menjadi besar dan sesudah beberapa tahun kemudian akan boleh menghasilkan beberapa keturunan dalam beberapa tahun....ala MAT JENIN. Hasil kejayaan Ki itu adalah olehkerana mendengar dan mengikuti kata-kata nasihat daripada ayah dan nenek nya.


Seharusnya sejarah dan nostalgia ini dijadikan iktibar oleh generasi cucu dan cicit Maasom-Akidah.


Tentunya Achek (Pah Chek) dan Chu Tom (Pah Chu) sebagai anakanda kpd Maasom-Akidah juga mempunyai kenangan dan nostalgia yang ingin dikongsi bersama semua. Pah Chor, Pah Chu dan Pah Chik tentu ada sejarah untuk diturunkan kpd anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit dan untuk tatapan kita semua. Semoga kita dapat memanafaatkan ruangan ini untuk kita mengenang kembali sejarah turun temurun.

Petikan dari Newsletter Saujana Gunung Pondok Vol 1
Hasil perbualan/coretan Azuan bersama Ki
(tidak lama dulu....)

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Ki.

GUNUNG PONDOK

(Di samakan dengan lagu "Tanjung Puteri")
Lirik oleh : Allahyarham Dato Seri Yang Rashdi

Gunung Pondok indah tersergam
Di Padang Rengas kampung pusaka
Kenangan manis di dalam kalbu
Lekat dihati hingga abadi

Paya Panjang kampong halaman
Kampong bertuah kluarga sejati
Bendang melebar hidup berbakti
Indra Mahraja gelaran sakti

Chorus:
Gunung Pondok di Padang Rengas
Tempat semadi pahlawan budi
Di zaman silam di zaman seri
Indahnya hilang tak kan kembali

Gunung Pondok masyhur se negeri
Kampong ku permai ke mana pergi
Hilang indahnya bukan berperi
Kampung halaman yang ku cintai

C-Minor
Jazz Rock-113

SEJARAH HARI KELUARGA

Hari Keluarga Maasom-Akidah menjadi tradisi keluarga, berkumpul bermesra serta mengeratkan pertalian keluarga sesama kita, memperkenalkan saudara saudara baru ahli keluarga.

Hari Keluarga Maasom-Akidah, mula diadakan pada 1990 di rumah Ayah Alang,Ki, di Jalan Woodward, Ipoh. Pada tahun itu, permainan tradisi diutamakan seperti permainan belah kelapa, mainan congkak dan permainan batu serImban, yang penuh kontroversi dimana Fendi telah di 'gantung' permainan nya kerana tidak mengikut undang-undang permainan.

Hari Keluarga Maasom-Akidah ke 2, juga diadakan diJalan Woodward, Ipoh pada tahun 1992. Pada tahun itu persembahan terbaik telah dianugerahkan kepada YLahn, Yeop Wi, Nyah Rais dan Cik Ohm dengan persembahan 'Tarian Ikan Kekek' yang mengancam.

Hari Keluarga Maasom-Akidah ke 3 dan ke 4 telah diadakan di tepi laut. 1995 di Teluk Batik Lumut, Perak dan 1998 di Pulau Langkawi. Keluarga Padang Asam menjadi tuan rumah Hari Keluarga ke 3 dan Keluarga D'sara Hari Keluarga ke 4 di Langkawi.

Hari Keluarga Ke5 dengan tema "Moh Balik Kampung, weh" telah diadakan di homeground keluarga kita, iaitu di Kuala Kangsar.

Kesemua Hari Keluarga Maasom-Akidah ini membawa kenangan manis dn diharap dapat berterusan selama-lamanya. Lagu Gunung Pondok, tempat asal usul kita dan kemegahan kita dijadikan tema lagu keluarga kita. Sebatikan lah semangat 'SILIH ASIH, SILIH ASAH, SILIH ASUH'.